Friday 9 December 2011

MAKANAN BERKHASIAT

RANCANGAN PENGAJARAN 

Cadangan Masa
* 60 minit

Tunjang Utama
* Perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan

Standard Pembelajaran Utama
* ( PFK 3.2.3 ) Mengenal jenis makanan berkhasiat dan tidak berkhasiat

Standard Pembelajaran Lain mengikut yang disepadukan
* ( ST 2.3.8) Membanding dan mengumpulkan objek ciri yang dikenal pasti

Objektif Pelajaran
* Pada akhir pengajaran murid dapat menyatakan jenis makanan dan minuman
   berkhasiat dan tidak berkhasiat

Konsep Utama
* Makanan tertentu adalah berkhasiat untuk tubuh badan

Kosa Kata
* Khasiat, zat, buah, susu, oren, gula-gula, biskut dan sayur

Alatan dan Bahan
* Kad gambar, carta lagu bergambar, bahan maujud dan bakul


 LANGKAH PENGAJARAN

1. Guru menunjukkan carta lagu " Jom - Jom Kita " kepada murid

2. Guru membimbing murid membaca senikata lagu dan menyanyi bersama-sama

   Jom - Jom Kita
( Melodi Jong- Jong Inai )

Jom jom kita, jom kita sama-sama, ( 3x )
Makan roti telur, sama roti mentega.

Jom jom kita, jom kita sama-sama, ( 3x )
Minum air milo, bersama dengan susu.

Jom jom kita, jom kita sama-sama, ( 3x )
Makan buah oren, bersama buah mangga.


3. Guru meminta murid menyenaraikan secara lisan nama-nama makanan yang
terdapat di dalam senikata lagu.

4. Guru mengeluarkan sebuah bakul yang berisi pelbagai makanan seperti roti, telur,
susu kotak, buah mangga, buah oren, gula-gula, keropok, asam, air botol
berkarbonat dan sumi.

5. Guru memberi murid melihat bahan makan tersebut dan meminta mereka memberi
nama-nama makanan tersebut.

6. Guru membimbing murid mengasingkan makanan yang berkhasiat dan yang tidak
berkhasiat di dalam bakul yang berasingan.

7. Murid diberi lembara kerja dan diminta untuk membualatkan gambar makanan yang
berkhasiat dan mewarnakannya.


PENGENALAN MAKANAN



Piramid Makanan Malaysia memberi panduan tentang bagaimana untuk mengimbangkan pengambilan makanan setiap hari. Makanan yang pelbagai membantu kanak-kanak mendapat semua nutrien yang diperlukan. Guru perlu bijak memilih gabungan makanan setiap hari berpandukan Piramid Makanan Malaysia.

Pemakanan bagi kanak-kanak perlu dititikberatkan untuk memastikan mereka mendapat nutrisi yang sesuai untuk membina pertumbuhan dan perkembangan fizikal serta minda mereka. Dalam proses pembesaran, kanak-kanak memerlukan makanan yang seimbang, bagi membolehkan badan mereka menjalani semua aktiviti dengan baik. Makanan seimbang ialah makanan yang terdiri daripada semua kelas makanan dalam kadar nisbah makanan yang sesuai mengikut peringkat umur kanak-kanak.

Kanak-kanak memerlukan nutrien yang mencukupi di dalam pemakanan mereka untuk perkembangan yang sihat dan optimum dari semua aspek iaitu intelek, fizikal, emosi, rohani dan sosial. Kebanyakkan nutrien diperolehi dari pelbagai jenis makanan dan perlu diambil dalam kuantiti yang sesuai. Pengambilan nutrien yang tidak seimbang akan mengakibatkan pelbagai masalah kepada kanak-kanak seperti masalah kurang berat badan, obesiti dan anemia. Jadi guru perlu merancang menu makanan yang seimbang mengikut piramid makanan supaya murid-murid prasekolah mendapat khasiat pemakanan yang secukupnya.

GAMBAR MAKANAN BERKHASIAT





GAMBAR MAKANAN TIDAK BERKHASIAT





LEMBARAN KERJA




Kad -kad Gambar




DOA SEBELUM DAN SELEPAS MAKAN