Friday 9 December 2011

PENGENALAN MAKANAN



Piramid Makanan Malaysia memberi panduan tentang bagaimana untuk mengimbangkan pengambilan makanan setiap hari. Makanan yang pelbagai membantu kanak-kanak mendapat semua nutrien yang diperlukan. Guru perlu bijak memilih gabungan makanan setiap hari berpandukan Piramid Makanan Malaysia.

Pemakanan bagi kanak-kanak perlu dititikberatkan untuk memastikan mereka mendapat nutrisi yang sesuai untuk membina pertumbuhan dan perkembangan fizikal serta minda mereka. Dalam proses pembesaran, kanak-kanak memerlukan makanan yang seimbang, bagi membolehkan badan mereka menjalani semua aktiviti dengan baik. Makanan seimbang ialah makanan yang terdiri daripada semua kelas makanan dalam kadar nisbah makanan yang sesuai mengikut peringkat umur kanak-kanak.

Kanak-kanak memerlukan nutrien yang mencukupi di dalam pemakanan mereka untuk perkembangan yang sihat dan optimum dari semua aspek iaitu intelek, fizikal, emosi, rohani dan sosial. Kebanyakkan nutrien diperolehi dari pelbagai jenis makanan dan perlu diambil dalam kuantiti yang sesuai. Pengambilan nutrien yang tidak seimbang akan mengakibatkan pelbagai masalah kepada kanak-kanak seperti masalah kurang berat badan, obesiti dan anemia. Jadi guru perlu merancang menu makanan yang seimbang mengikut piramid makanan supaya murid-murid prasekolah mendapat khasiat pemakanan yang secukupnya.




Seterusnya

No comments:

Post a Comment